Latar belakang Rampasan kuasa Myanmar 2021

Myanmar memasuki pemerintahan ketenteraan langsung selepas rampasan kuasa 1962. Aung San Suu Kyi, anak perempuan kepada pengasas moden negara Aung San, menjadi aktivis pro-demokrasi terkenal. Pada 1990, pilihan raya bebas yang dibenarkan oleh tentera menghasilkan kemenangan besar bagi parti Suu Kyi. Namun, tentera enggan melepaskan kuasa dan meletakkan Suu Kyi di dalam tahanan rumah.[12][13][14]

Antara 2011 dan 2015, peralihan demokrasi tentatif bermula dan pilihan raya yang diadakan pada 2015 menghasilkan kemenangan bagi parti Suu Kyi, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi. Walau bagaimanapun, tentera mengekalkan kuasa besar, termasuk hak untuk melantik 1/4 ahli parlimen.[8][15]

Rampasan kuasa 2021 terjadi selepas pilihan raya umum pada 8 November 2020, di mana Liga Kebangsaan bagi Demokrasi memenangi 396 dari 476 kerusi di parlimen, margin kemenangan yang lebih besar dibandingkan dengan pilihan raya 2015. Parti proksi tentera, Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan, hanya memenangi 33 kerusi.[8]

Tentera membantah hasil keputusan pilihan raya, dengan mendakwa bahawa proses pengundian itu palsu. Percubaan rampasan kuasa dikhabarkan berlaku selama beberapa hari, mendorong kenyataan keprihatinan dari kuasa Barat seperti Perancis dan Amerika Syarikat.[8]

Rujukan

WikiPedia: Rampasan kuasa Myanmar 2021 http://www.xinhuanet.com/english/2021-02/01/c_1397... //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://www.foreignminister.gov.au/minister/marise... https://www.aljazeera.com/news/2021/2/1/world-reac... https://apnews.com/article/aung-san-suu-kyi-myanma... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rampasa... https://www.bangkokbiznews.com/news/detail/920306 https://www.bangkokpost.com/world/2060651/west-con... https://www.bbc.com/news/world-asia-55882489 https://www.bloomberg.com/quicktake/myanmars-trans...